Pengasas The Boeing Company adalah William E. Boeing. Beliau telah
dilahirkan di Detroit pada tahun 1881. Salah satu risiko awal yang
menunjukkan jati diri ,beliau adalah apabila beliau meninggalkan
pengajian beliau di Universiti Yale pada tahun 1903 untuk mengambil
peluang menyertai pekerjaan yang berisiko tetapi memberikan pulangan
yang lumayan iaitu Industri Pembalakan Notrhwest.
Penglibatan beliau di dalam industri penerbangan bermula pada tahun 1910
di mana beliau telah menyertai satu persidangan penggiat industri
tersebut.Minat beliau terhadap kapal terbang semakin mendalam setelah
beliau menghadiri satu persidangan industri penerbangan.
Di bawah pengawasan beliau, sebuah syarikat pembuat kapal terbang
kecil-kecilan telah menjadi gergasi di dalam bidang pembuatan pesawat.
Selepas kegawatan ekonomi berskala besar pada tahun 1934 dan penggubalan
undang-undang yang melarang pemilikan syarikat besar secara individu,
beliau telah menjual pegangan beliau di dalam syarikat ini.
Oleh kerana minat yang terlalu mendalam di dalam penerbangan, beliau
telah menawarkan diri untuk berkhidmat secara sukarela ketika perang
dunia kedua sebagai penasihat kepada syarikat itu. Beliau telah
meninggal dunia pada tahun 1956 tetapi beliau sempat untuk melihat
syarikat itu untuk berkembang menajadi sebuah syarikat yang amat
disegani.