Pada tahun 2002 dan 2003, Syarikat Boeing sebuah syarikat terkemuka di Amerika
Syarikat telah mengalami masalah dalaman yang dilihat hamper membawa kepada
penutupan syarikat ini. Pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif ketika itum Phil
Condit dan penglibatan Ketua Pegawai Kewangan, Micheal Sears di dalam rasuah di
Pentagon serta kegiatan pengintipan industri oleh Ied Douglas Ganstenbein pada
tahun 2003 telah menjadikan imej Boeing menjadi buruk. Industri telah melabel
Boeing pada ketika itu dengan gelaran “the current poster child of Bad
Management”
Boeing telah mengambil Ketua Eksekutif yang baru iaitu Harry Stonecipher untuk
membersihkan nama Boeing. Walaubagaimanapun beliau juga telah dipecat kerana
telah ditangkap atas kesalahan hubungan sulit dengan seorang eksekutif Boeing.
Perniagaan utama Boeing iaitu penjualan pesawat komersil juga telah menerima
kesan dari kejadian di atas. Ini kerana kebanyakan pelanggan Boeing bersaiz
besar seperti syarikat penerbangan di Amerika Syarikat telah jatuh bankrupt
selepas kejadian 11 September. Dan tahun selepas kejadian juga menyaksikan
jumlah pesawat dan penerbangan yang disediakan melebihi jumlah penumpang.
Pesaingan dari Airbus dan syarikat pembuat pesawat Brazil, Embraer dan kenaikan
harga minyak dunia juga telah menyukarkan Boeing untuk kembali stabil.
Penghantaran pesawat telah menurun dari 620 pada tahun 1999 kepada hanya 281
pada tahun 2003
Walaupun masih dibelenggu masalah-masalah yang dating bertimpa, Boeing telah
berjaya menggandakan nilai sahamnya hanya dalam masa satu tahun bermula pada
pertengahan tahun 2003. Salah satu penyumbang kepada factor peningkatan ini
adalah pelantikan James Mcnerney sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.
Beliau yang sebelum ini dilihat sebagai pelapis bagi Jack Welch dari syarikat
3M telah berjaya menaikkan prestasi Boeing ke tahap yang lebih baik.
Pencapaian individu Mcnerney hanyalah sebahagian dari titik tolak kebangkitan
Boeing di persada industri pembuatan pesawat. Punca lain peningkatan prestasi
ini adalah disebabkan Boeing baru menyedari bahawa mereka fokus yang terlalu
tinggi kepada permintaan tempatan sehingga mereka terlupa bahawa pelanggan
mereka terdiri daripada syarikat penerbangan di serata dunia dan juga syarikat
penerbangan tambang murah.
Pendapatan suku tahun kedua bagi tahun 2003 yang dihebahkan pada 27 Julai 2003
juga menunjukkan bahawa unit pembuatan pesawat pertahanan juga telah
menunjukkan peningkatan dari segi pengeluaran dan pendapatan. Bagi unit
pembuatan pesawat komersil mereka telah berjaya untuk membuat penghantaran
sebanyak 85 buah pesawat pada suku itu sahaja. Ini telah menjadi salah satu
pencapaian terbaik Boeing sejak tahun 1990-an
Pendapatan Boeing telah meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun
sebelumnya dan keuntungan syarikat telah meningkat sebanyak 24 peratus. Lebih
membanggakan Boeing telah berjaya mendapatkan tempahan berjumlah 376 pesawat
baru.
Jika ingin dibandingkan dengan suku tahun pertama 2005, mereka hanya berjaya
untuk 70 buah pesawat dan menerima tempahan sebanyak 63 pesawat baru. Boeing harus
berterima kasih kepada James Mcnerney kerana telah berjaya mengubah pandangan
daripada terlalu fokus dengan permintaan tempatan kepada penumpuan kepada
industri penerbangan yang menjadi semakin terbuka. Permintaan untuk pesawat
semakin meningkat disebabkan perubahan fokus yang dilakukan oleh Mcnerney.
Untuk tahun tersebut Boeing menjangkakan peningkatan dari 320 buah pesawat pada
tahun 2005 kepada 395 buah pesawat pada tahun 2005 untuk jumlah keseleruhan
penghantaran pesawat kepada pelanggan.
Pada tahun 2006, Boeing telah menerima tempahan dari Air France dan pada bulan
Jun tahun yang sama Alaska Airlines telah membuat tempahan sebanyak 35 buah
pesawat yang bernilai USD 2.3 Billion. Ditambah dengan tempahan oleh Richard
Branson, pengasas Virgin Blue sebuah syarikat penerbangan berpengkalan di
Australia sebanyak 50 buah pesawat untuk tempoh 5 tahun telah meningkatkan
prestasi Boeing.
Seperti kebanyakan syarikat besar lain di Amerika Syarikat, Boeing mendapati
mereka semakin sukar untuk mendapatkan pelanggan baru di dalam bidang yang
menjadi semakin tepu dan kadar perkembangan yang perlahan.
Walaubagaimanapun, Boeing telah berjaya mencari pelanggan baru dari tempa yang
tidak dijangkakan mustahil sebelum ini. Syarikat penerbangan tambang murah
seperti SpiceJet, GOL Airlines dan England’s First Choice Airways telah menjadi
pelanggan baru bagi Boeing. Syarikat tambang murah baru ini telah menjadi
pelanggan penting bagi Boeing.
Boeing patut berterima kasih di dalam perkembangan industri pelancongan yang
semakin berkembang dan memungkinkan kewujudan syarikat penerbangan tambang
murah baru. Boeing di dalam kajian Prospek Pasaran Komersil 2005 mendapati
untuk 2 dekad akan dating, rantau Asia Pasifik akan menyumbang kepada 36
peratus jumlah permintaan penerbangan. Permintaan yang bertumpu di rantau itu
dilihat bukanlah berita yang terlalu baik bagi syarikat yang berpengkalan di
Amerika Syarikat. Tetapi menurut Boeing, mereka bukan seperti syarikat
pengeluar kereta, pembuatan kapal terbang adalah aktiviti yang rumit dengan
rekabentuk dan pemasangan adalah hampir mustahil untuk syarikat di China untuk
menghasilkan kapal terbang sendiri.
Bagi pembuatan pesawat, syarikat penerbangan tidak akan sesuka hati membeli
daripada pengeluar yang menawarkan harga yang rendah. Mereka akan memilih
syarikat yang telah mempunyai pengalaman yang mantap untuk menjamin kualiti dan
tahap keselamatan kapal terbang sentiasa berada pada tahap yang paling baik.
Dan tidak seperti McDonald’s, Starbucks atau Coca-Cola di mana pertumbuhan pasaran
bergantung kepada permintaan yang dirangsang. Pertumbuhan pasaran bagi industri
penerbangan adalah kerana permintaan yang menigkat berdasarkan kadar demografi.
Di negara berkepadatan tinggi dan kadar pendapatan penduduk meningkat dan
peraturan yang semakin terbuka, ini menunjukkan sebagai petanda permintaan
untuk industri penerbangan juga meningkat. Di dalam satu artikel di dalam
Financial Times, India telah member pelepasan cukai sebanyak 10 peratus kepada
syarikat penerbangan yang ingin memasuki pasaran untuk tempoh 18 bulan.
Syarikat penerbangan tambang murah juga telah mula wujud di Mexico dan ini juga
akan membuka ruang untuk Boeing mengembangkan sayapnya di Rantau Amerika
Selatan.